14 August 2012

HARAM Ke SOKONG DAP???


Pendapat 1:


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".


Pendapat 2:


Dr Maszlee Malik :Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.

Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.


Pendapat 3:

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan seorang guru pondok yang mendakwa "haram sokong DAP" hanya menggalakkan perasaan curiga di kalangan agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata akhbar milik Umno itu juga "menghasut konflik agama" dengan membesar-besarkan isu di muka hadapan seperti itu.




Pendapat 4:
saifuddin abdullah evidence act forum 2Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.


p/s : Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, dapatlah kita membuat perbandingan adakah haram atau tidak untuk mengundi DAP. Bukannya calang-calang orang yang aku kumpulkan pendapat mereka, Mereka ini dari golongan-golongan Profesional dan orang yang memikir. Pemikiran yang songsang ditambah dengan media yang bengong akan menghasilkan satu gerak kerja yang bangang.








Kempen Bantah Seksyen 114A - 14 Ogos 2012 Hari Internet Black Out

Msahjihad Bantah Seksyen 114 A





Tengok Video di bawah untuk dapatkan maklumat Seksyen 114A


Bantah Seksyen 114A
Hari Internet Blackout, 
14 Ogos 2012

 Ketahui lebih lanjut bagaimana pindaan ini boleh mengancam kebebasan berinternet di Malaysia.

Sokong 1 juta Rakyat Malaysia  Bantahan Seksyen 114 A










31 July 2012

Jadikan Al- Quran Penunjuk Sepanjang Zaman


ALHAMDULILLAH kita telah memasuki Ramadan yang baru, setelah beberapa kali Ramadan meninggalkan kita. Ramadan disebut saumun atau siaam yang bermaksud menahan diri.Menahan diri bermaksud menjaga diri daripada melanggar perkara yang boleh membatalkan puasa malah menahan diri daripada semua perkara-perkara ‘lagha’.
Sebab itu Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataanperkataan palsu dan beramal dengan perkara-perkara palsu, maka Allah tidak berhajat padanya untuk berpuasa.”Ramadan bulan fyang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud “ Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami dalam bulan Shaaban dan sampaikan kami, panjangkan umur kami sehingga tiba Ramadan.”


Hadis ini memberi makna Ramadan ditunggu dengan penuh lahap, dengan rasa kesyukuran untuk mengambil peluang  dengan datangnya Ramadan ini menjadikan kita orang yang telah sampai kepada maksud bagi ibadat itu dengan menahan diri.Dalam Islam boleh dikatakan semua ibadat-ibadat kukuh diberikan istilah yang amat sesuai dengan tujuan pensyariatannya.Contohnya seperti solat, istilahnya bermaksud doa yang bermaksud memohon kepada Allah sungguh-sungguh agar kita menjadi hamba-Nya yang pergantungan kita hanya kepada Allah.


Sebab itu sembahyang diulang-diulang menjadi suatu hubungan yang intim dan kukuh antar manusia dengan Allah.Zakat, istilah yang sama yang bermaksud penyucian bukan sahaja menyuci harta tetapi menyuci jiwa daripada yang tidak baik. Haji, sebagai contoh bermaksud niat yang bersih hendak mengunjungi rumah Allah bagi mencapai darjat keampunan yang paling tinggi.Daripada zahir, puasa nampak seperti seolah-olah mendera diri. Walaupun dikatakan mendera diri, ia dilakukan kerana Allah. Dalam dunia ini ramai orang yang mendera dirinya.Tetapi penderaan itu kerana dunia. Contohnya orang yang ingin menguruskan badannya, kena regim yang ekstrim. Hendak membina badan, kena latihan yang lasak, makanan yang dikawal.
Selain itu, hendak pandai bermain kena berlatih bersungguh-sungguh, berbulanbulan dan mungkin bertahuntahun.


Kesemua ini dilakukan kerana tujuan keduniaan. Dunia yang fana, akhirnya semua akan ditinggalkan.
Tetapi manusia tetap patuh dan utuh demi mencapai kehendak keduniaan.Sedangkan puasa ianya dibuat kerana Allah. Dalam satu hadis qudsi Allah menyebut yang bermaksud: “Sesungguhnya puasa itu dilakukan untuk aku, dan akulah yang akan membalasnya.”Puasa adalah medan latihan hakiki untuk mempertingkatkan daya tahan nafsu bagi melawan kehendak duniawi untuk mencapai tahap kekuatan rohani yang tinggi serta untuk mencapai darjah ketakwaan kepada Allah.


Inilah yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum daripada kamu.Dengannya kamu akan bertakwa kepada Allah. Ketakwaan itu adalah matlamat yang paling tinggi.”Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah. Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim, ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut-turutan atau dilakukan dengan cara tidak bersemangat.
Seperti didesak oleh satu pihak, tidak menjiwai amalan itu dengan hati yang benar-benar patuh kepada Allah.


Ibadah puasa ini untuk mencapai tahap ketakwaan dengan bersungguh-sungguh meninggalkan segala yang dilarang dan melakukan segala yang dituntut. Ramadan dikenali juga dengan Shahrul Maghfirah iaitu bulan keampunan.Allah menyediakan peluang yang begitu terbuka untuk insan muslim mendapat keampunan Allah. Dalam satu hadis Nabi menyebut yang bermaksud: “Alangkah hairan dan ajaibnya bagi orang mukmin yang sempat sampai ke Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mendapat peluang keampunan Allah”.
Ini juga disebut dalam hadis lain yang bermaksud: “Ramadan awalnya rahmah, dipertengahannya keampunan, dan diakhirnya membebaskan diri daripada api neraka.”


Rebutlah peluang ini untuk Allah selalu mengampuni dosa-dosa kita. Seolah-olah habis Ramadan, habislah dosa kita. Dengan syarat kita hayati Ramadan dengan disebut Ramadan Shahrul Quran.Kalau Allah telah memilih Ramadan bulan turunnya Quran dan Quran itu menjadi hidayah dan petunjuk kepada manusia dan juga menjelaskan sejelasjelasnya mana yang Allah suruh, yang Allah redha. Mana yang Allah larang untuk dijauhi, yang disuruh untuk ditaati.

Dr Harun Din