14 August 2012

HARAM Ke SOKONG DAP???


Pendapat 1:


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".


Pendapat 2:


Dr Maszlee Malik :Pengkelasan Abdullah Sama'ah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan. Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.

Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim. 'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.


Pendapat 3:

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan seorang guru pondok yang mendakwa "haram sokong DAP" hanya menggalakkan perasaan curiga di kalangan agama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata akhbar milik Umno itu juga "menghasut konflik agama" dengan membesar-besarkan isu di muka hadapan seperti itu.




Pendapat 4:
saifuddin abdullah evidence act forum 2Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.


p/s : Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, dapatlah kita membuat perbandingan adakah haram atau tidak untuk mengundi DAP. Bukannya calang-calang orang yang aku kumpulkan pendapat mereka, Mereka ini dari golongan-golongan Profesional dan orang yang memikir. Pemikiran yang songsang ditambah dengan media yang bengong akan menghasilkan satu gerak kerja yang bangang.








Kempen Bantah Seksyen 114A - 14 Ogos 2012 Hari Internet Black Out

Msahjihad Bantah Seksyen 114 A





Tengok Video di bawah untuk dapatkan maklumat Seksyen 114A


Bantah Seksyen 114A
Hari Internet Blackout, 
14 Ogos 2012

 Ketahui lebih lanjut bagaimana pindaan ini boleh mengancam kebebasan berinternet di Malaysia.

Sokong 1 juta Rakyat Malaysia  Bantahan Seksyen 114 A










31 July 2012

Jadikan Al- Quran Penunjuk Sepanjang Zaman


ALHAMDULILLAH kita telah memasuki Ramadan yang baru, setelah beberapa kali Ramadan meninggalkan kita. Ramadan disebut saumun atau siaam yang bermaksud menahan diri.Menahan diri bermaksud menjaga diri daripada melanggar perkara yang boleh membatalkan puasa malah menahan diri daripada semua perkara-perkara ‘lagha’.
Sebab itu Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataanperkataan palsu dan beramal dengan perkara-perkara palsu, maka Allah tidak berhajat padanya untuk berpuasa.”Ramadan bulan fyang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud “ Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami dalam bulan Shaaban dan sampaikan kami, panjangkan umur kami sehingga tiba Ramadan.”


Hadis ini memberi makna Ramadan ditunggu dengan penuh lahap, dengan rasa kesyukuran untuk mengambil peluang  dengan datangnya Ramadan ini menjadikan kita orang yang telah sampai kepada maksud bagi ibadat itu dengan menahan diri.Dalam Islam boleh dikatakan semua ibadat-ibadat kukuh diberikan istilah yang amat sesuai dengan tujuan pensyariatannya.Contohnya seperti solat, istilahnya bermaksud doa yang bermaksud memohon kepada Allah sungguh-sungguh agar kita menjadi hamba-Nya yang pergantungan kita hanya kepada Allah.


Sebab itu sembahyang diulang-diulang menjadi suatu hubungan yang intim dan kukuh antar manusia dengan Allah.Zakat, istilah yang sama yang bermaksud penyucian bukan sahaja menyuci harta tetapi menyuci jiwa daripada yang tidak baik. Haji, sebagai contoh bermaksud niat yang bersih hendak mengunjungi rumah Allah bagi mencapai darjat keampunan yang paling tinggi.Daripada zahir, puasa nampak seperti seolah-olah mendera diri. Walaupun dikatakan mendera diri, ia dilakukan kerana Allah. Dalam dunia ini ramai orang yang mendera dirinya.Tetapi penderaan itu kerana dunia. Contohnya orang yang ingin menguruskan badannya, kena regim yang ekstrim. Hendak membina badan, kena latihan yang lasak, makanan yang dikawal.
Selain itu, hendak pandai bermain kena berlatih bersungguh-sungguh, berbulanbulan dan mungkin bertahuntahun.


Kesemua ini dilakukan kerana tujuan keduniaan. Dunia yang fana, akhirnya semua akan ditinggalkan.
Tetapi manusia tetap patuh dan utuh demi mencapai kehendak keduniaan.Sedangkan puasa ianya dibuat kerana Allah. Dalam satu hadis qudsi Allah menyebut yang bermaksud: “Sesungguhnya puasa itu dilakukan untuk aku, dan akulah yang akan membalasnya.”Puasa adalah medan latihan hakiki untuk mempertingkatkan daya tahan nafsu bagi melawan kehendak duniawi untuk mencapai tahap kekuatan rohani yang tinggi serta untuk mencapai darjah ketakwaan kepada Allah.


Inilah yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum daripada kamu.Dengannya kamu akan bertakwa kepada Allah. Ketakwaan itu adalah matlamat yang paling tinggi.”Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah. Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim, ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut-turutan atau dilakukan dengan cara tidak bersemangat.
Seperti didesak oleh satu pihak, tidak menjiwai amalan itu dengan hati yang benar-benar patuh kepada Allah.


Ibadah puasa ini untuk mencapai tahap ketakwaan dengan bersungguh-sungguh meninggalkan segala yang dilarang dan melakukan segala yang dituntut. Ramadan dikenali juga dengan Shahrul Maghfirah iaitu bulan keampunan.Allah menyediakan peluang yang begitu terbuka untuk insan muslim mendapat keampunan Allah. Dalam satu hadis Nabi menyebut yang bermaksud: “Alangkah hairan dan ajaibnya bagi orang mukmin yang sempat sampai ke Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mendapat peluang keampunan Allah”.
Ini juga disebut dalam hadis lain yang bermaksud: “Ramadan awalnya rahmah, dipertengahannya keampunan, dan diakhirnya membebaskan diri daripada api neraka.”


Rebutlah peluang ini untuk Allah selalu mengampuni dosa-dosa kita. Seolah-olah habis Ramadan, habislah dosa kita. Dengan syarat kita hayati Ramadan dengan disebut Ramadan Shahrul Quran.Kalau Allah telah memilih Ramadan bulan turunnya Quran dan Quran itu menjadi hidayah dan petunjuk kepada manusia dan juga menjelaskan sejelasjelasnya mana yang Allah suruh, yang Allah redha. Mana yang Allah larang untuk dijauhi, yang disuruh untuk ditaati.

Dr Harun Din

Rampasan Buku, Lukisan: Zunar Menang Saman Terhadap Kerajaan, Empat Yang Lain

KUALA LUMPUR: Kartunis politik, Zulkiflee SM Anwar memenangi samannya terhadap kerajaan dan empat yang lain berhubung rampasan 66 buku dan lukisan pada tahun 2010.Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan tuntutan itu pada Selasa.Dalam saman yang difailkan pada tahun lepas, kartunis, yang lebih dikenali sebagai Zunar mendakwa bahawa beliau mengalami kerosakan dan kerugian yang disebabkan rampasan barang-barang oleh pihak polis.
Beliau memohon RM1,650 sebagai ganti rugi khas untuk buku-buku berkenaan dan meminta memulangkannya serta kos, faedah dan sebagainya.Vazeer memerintahkan supaya polis memulangkan kesemua 66 buku kepada Zunar. Zunar pada Selasa berkata, ia merupakan sebahagian daripada kemenangan untuk semua kartunis politik apabila Hakim Vazeer memutuskan bahawa rampasan buku-buku berkenaan selama dua tahun itu adalah menyalahi undang-undang tetapi penahanan Zunar adalah mengikut undang-undang dalam tempoh itu.

26 July 2012

Sentimen Warna Mempengaruhi Manusia


DUNIA ini penuh dengan warna warni - life is colourful. Allah menciptakan pelbagai warna untuk manusia menikmati keindahan alam semesta ciptaan- Nya. Manusia hari ini menjadikan warna sebagai sumber inspirasi kehidupan dan aspirasi perjuangan mereka.
Hakikatnya manusia cenderung kepada warna. Ada yang suka hijau, ada yang suka biru, suka merah, suka warna oren (jingga) ada yang suka warna ungu.
Warna sangat signifikan kepada kehidupan di alam duniawi, malah di syurga nanti kita akan diliputi dengan kehidupan yang berwarna warni.
Di dalam al-Quran misalnya. Ada banyak perkataan yang Allah rujuk dengan nama hijau, khususnya menjelaskan keadaan penghuni syurga (al-jannah) dan keadaan di sekelilingnya yang berupa kenikmatan, keindahan, kesenangan dan ketenangan jiwa, Allah berfirman (mafhumnya):
“Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala di atas bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah.” (Surah ar-Rahman, ayat 76).
“Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau, dan sutera tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka.
Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci.” (Surah al-Insan, ayat 21).
“Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal.” (Surah al-Kahfi, ayat 31).
 Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan: “Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta keupayaan kita; merasa panas; atau dingin; atau tenang; atau bahagia; bahkan ia boleh mempengaruhi keperibadian dan menentukan sikap seseorang.
Dalam politik Malaysia hari ini, pemilihan warna sudah menjadi fenomena dalam menentukan sikap rakyat. Inspirasi warna sudah menjadi semakin dominan, khususnya gerakan yang dilancarkan Pakatan Rakyat dalam membentuk sikap dan kecenderungan rakyat menolak Umno-BN.
Semasa mengemukakan dasar politik, ekonomi dan sosialnya, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga (Oren). Dalam menuntut penstrukturan sistem pilihan raya, rakyat diperkenalkan dengan Bersih yang menggunakan tema kuning.
Dalam usaha PAS untuk mengembleng kekuatan ahlinya dan menunjukkan syiarnya, PAS memilih tema Hijau untuk Himpunan Hijau 1 Jun lalu, di Alor Setar. Di Kota Bharu, gerakan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum, mereka menggunakan tema merah dengan simbol R untuk royalti.
Manakala pada perhimpunan rakyat untuk menyelamatkan tanah Felda, Gerakan Selamatkan Felda menggunakan warna oren sebagai tema Himpunan Oren, 14 Julai 2012 di Kuala Lumpur.
Tema warna ini ternyata menarik minat rakyat. Ia berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat yang komited. Hari ini, jika kita menjengah rumah penyokong Pakatan, sudah tentu kita akan menjumpai t-shirt kuning (Bersih), hijau (Himpunan Hijau), merah (Himpunan Tuntut Royalti) dan oren (Himpunan Oren).
Sehingga kini Pakatan sudah mencipta empat gelombang berasaskan warna. Kuning, hijau, merah dan oren. Yang tinggal untuk Barisan Nasional hanyalah biru. Lagipun slogan BN diasaskan dengan warna biru.
Pada pemahaman kita, warna biru BN ini, bukan warna biru muda, kerana biru muda adalah warna tema parti KeADILan.
Yang tinggal untuk BN hanya warna biru gelap atau blue black. Memang jelas bagi kita, warna blue black ini sudah tidak lama ditampuk kuasa. Sebabnya, blue black ini akan diblack-outkan rakyat pada PRU akan datang. Takbir! Allahu akbar!




Sumber :Detikdaily

Hudud dan Politik


Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil.

Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad.

Kesedaran sepatutnya berlaku dengan merebaknya jenayah yang menakutkan dan penjenayah yang tidak takut kepada undang-undang yang ada walau pun hukumannya lebih keras daripada hudud, seperti hukuman gantung mati mandatori kepada pengedar dadah. Bahkan tidak ada rasa gerun terhadap anggota polis yang menguatkuasakan undang-undang, sehingga rumah pegawai tinggi polis juga menjadi mangsa yang sama dan dadah boleh diedar ke dalam lokap, penjara dan pusat seranti. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan undang-undang itu kerana mendidik masyarakat bukan menghukum tanpa mendidik walau pun terlalu keras hukumannya, ia tidak memberi kesan kepada penjenayah dan bakal penjenayah. 


Hudud adalah salah satu daripada tiga jenis undang-undang jenayah yang dibahagikan oleh hukum Islam iaitu, qisas, hudud dan takzir. Menurut hukum Islam, politik adalah syarat melaksanakan undang-undang jenayah. Salah satu daripadanya ialah hudud, saperti juga politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Apabila Allah tidak menurunkan ayat-ayat hukuman jenayah termasuk hudud ketika Rasulullah S.A.W. berada di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Rasulullah juga tidak melaksanakan mana-mana undang jenayah ketika berada di Makkah. Maka mengikut hukum Islam tidak diizinkan bagi seseorang bahkan haram berdosa sekiranya menangkap pencuri di rumahnya dan melaksanakan hukum hudud sendiri. Begitulah juga terhadap penjenayah yang lain. Pelaksanaannya mewajibkan penyiasatan dan kehakiman yang adil dibawah kuasa politik yang mengadakan kerajaan yang sah berdaulatnya. Maka Rasulullah S.A.W. terpaksa berhijrah ke Madinah setelah dihalang berpolitik di Makkah. Boleh jadi mereka yang melarang hukum hudud dipolitik itu jahil ilmu politik, khususnya politik Islam.


Ada pun MCA yang menuduh Umno sudah hilang akal, menandakan Umno tidak berdakwah. Ini kerana politik tidak dihubungkan dengan dakwah. Sebenarnya Umno tidak hilang akal, tetapi akalnya datang semula setelah hilang. Tahun 80-an pernah seorang wakil rakyat Umno daripada negeri Johor mencadangkan wanita diberi pakai cawat besi. Di waktu itu hukum hudud dianggap jumud atau tidak bertamadun dan berbagai-bagai kenyataan songsang dikeluarkan mereka. Namun kita mengharapkan ia timbul kerana kejahilan mereka. Bagaimana pula dengan ahli-ahli biro agama Umno yang diam membisu atau bersilat di hadapan Allah bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan, atau dengan ungkapan 'kami pun mahu melaksanakan juga, tetapi belum tiba masanya'. Sekarang sudah lima puluh tahun lebih Umno memimpin negara, masih belum tiba masanya.


Bersyukur kepada Allah kerana PAS telah berjaya mencetuskan kesedaran kembali kepada Islam, sehingga suaranya bukan sahaja berjaya menerima kedatangan beberapa tokoh Umno untuk menyertai PAS secara terbuka atau secara senyap, tetapi juga menerima kedatangan kalangan pagawai kerajaan dan para ilmuan. Tercetusnya suara pelaksanaan Islam dalam diri Umno menandakan suara PAS sudah masuk ke dalam telinga mereka yang berada dalam bahtera Umno. Mengapa masa lebih setengah abad bahtera Umno masih tidak sampai ke destinasi melaksanakan Islam yang ditunggu-tunggu? Mungkin laksana mereka yang menaiki bas ekspres yang tidak membaca tiket yang dibeli atau apa yang ditulis ke mana arahnya politik kenderaan Umno.


DAP yang bergaul dengan PAS menentang hukum hudud secara terbuka dan berhujah dengan tegas. PAS terpaksa menjawab hujah DAP dan melayan media Umno yang mahu melagakan PAS dengan DAP. Namun tidaklah sampai DAP menuduh PAS hilang akal sebagaimana MCA sebut kepada Umno.

Presiden PAS

25 July 2012

Puasa Tetapi tinggalkan kewajipan Solat

Amalan puasa orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Bagaimanapun, jangan terkejut kerana ramai hari ini yang berpuasa tetapi meninggalkan kewajipan solat.


Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan. Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka.


Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).


Katanya, soalan berkaitan berpuasa, tetapi tidak solat sering ditanyakan selain beberapa perkara yang dilihat sebagai remeh membabitkan ibadah puasa seperti adakah kentut atau mengorek telinga membatalkan puasa.


Orang Islam kian jahil


Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan orang Islam kian jahil perihal agama dan puncanya ialah sikap ambil mudah selain malas belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang akan mengeluarkan diri daripada kegelapan.


Halim berkata, sepatutnya sebelum kedatangan Ramadan, umat Islam sudah bersedia menelaah bab puasa termasuk perkara membatalkan puasa dan lebih penting, perkara membatalkan pahala puasa seperti digariskan Al-Ghazali dalam kitab tasaufnya.
Disebabkan malas belajar, nilai ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atau amalan ikut-ikutan bukan ibadah sebenarnya yang mempunyai hikmah serta matlamat menunaikannya iaitu mendapatkan keredaan Allah.


Beliau memberi contoh jemaah solat tarawih yang jumlahnya ramai pada 10 malam pertama, tetapi kian berkurangan minggu berikutnya dan keadaan bertambah menyedihkan malam-malam terakhir Ramadan.


Satu minggu pertama masjid meriah dengan jemaah, tetapi masuk minggu kedua, kita jadi hairan ke mana perginya yang ramai itu. Cuba kita renungkan kerana inilah yang dilihat apabila amalan hanya ikut-ikutan.


Lebih menyedihkan ketika akhir Ramadan bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat hingga sudah tidak mempedulikan tarawih atau tazkirah. Apabila kita langsung tidak ambil peduli ilmu inilah yang berlaku, katanya.


Ilmu pacu umat ke depan


Beliau berkata, jika umat Islam mempelajari asas difardukan ibadat, mereka akan melakukan ibadat puasa dalam keadaan mengetahui dan tidak kira apa yang datang, ia sedikit pun tidak akan menggugat puasa mereka.


Katanya, ilmu akan memacu umat Islam ke depan dan dalam aspek ibadat mereka boleh melihat peningkatan dari sudut kualiti puasa serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu diterima Allah.


Halim turut berkongsi pengalaman ketika di Pusat Zakat Selangor, berdepan isu bayaran kafarah oleh suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang hari Ramadan kerana tidak menyangka masih berlaku perkara seperti itu.


Syor umat timba ilmu agama


Saya ingat sudah tiada kes bersetubuh pada siang Ramadan, tetapi masih berlaku. Jika orang ada ilmu mereka akan faham tetapi disebabkan tidak mempunyai ilmu dan tidak mahu belajar, itu yang hancur, katanya.


Kafarah bagi suami yang bersetubuh dengan isteri pada siang Ramadan ialah memerdekakan hamba, jika tidak mampu puasa dua bulan berturut-turut dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.


Justeru, beliau menasihatkan umat Islam supaya menggunakan akal, iman dan hati untuk menimba ilmu supaya mereka tahu tujuan amal ibadat yang dilakukan, bukan beramal kerana terikut-ikut atau sekadar meneruskan budaya. 


Sumber: BHarianOnline

Capaikah Matlamat??

Dua Ribu DuaBelas,Dunia akan berakhir?
Apakah ini berita,benar-benar Mutakhir?
Aduhai manusia yangbanyak berfikir..
Biarkan sahaja ketentuan takdir...

Apakah matlamat apakah rancangan?
Mahukah hidup kita masih tuggang langgang?
Bangunlah Kawan hari sudah siang
Bangun dengan megah,sambutnya dengan riang

Malaysiaku yang tak pernah sepi
Masih tinggikah kontrovesi?
Masihkah ada reformasi?
Wujudkah lagi konspirasi?
Yang Pasti Korupsi tiada henti

Kuharap Pemimpin yang berdedikasi

Menyarung jersi kepimpinan tahun ini
Semoga doaku didengar Ilahi
Semuanya Kerana negara tercinta ini

Sebelum berakhir coretan
Sebelum datangnya cabaran
Chayok gambatee dilafazkan
Jangan tergelinciran
Selamat tahun baru ku ucapkan
Kepada Saudara tak lupa saudari sekalian