26 July 2012

Sentimen Warna Mempengaruhi Manusia


DUNIA ini penuh dengan warna warni - life is colourful. Allah menciptakan pelbagai warna untuk manusia menikmati keindahan alam semesta ciptaan- Nya. Manusia hari ini menjadikan warna sebagai sumber inspirasi kehidupan dan aspirasi perjuangan mereka.
Hakikatnya manusia cenderung kepada warna. Ada yang suka hijau, ada yang suka biru, suka merah, suka warna oren (jingga) ada yang suka warna ungu.
Warna sangat signifikan kepada kehidupan di alam duniawi, malah di syurga nanti kita akan diliputi dengan kehidupan yang berwarna warni.
Di dalam al-Quran misalnya. Ada banyak perkataan yang Allah rujuk dengan nama hijau, khususnya menjelaskan keadaan penghuni syurga (al-jannah) dan keadaan di sekelilingnya yang berupa kenikmatan, keindahan, kesenangan dan ketenangan jiwa, Allah berfirman (mafhumnya):
“Mereka bertelekan (bertelekan: tiduran menyamping, tubuh lurus, dengan salah satu tangannya dilipat dan telapak tangannya menyangga kepala di atas bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah.” (Surah ar-Rahman, ayat 76).
“Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau, dan sutera tebal, serta dipakaikan gelang dari perak kepada mereka.
Dan Rabb mereka memberi minum mereka dengan minuman yang suci.” (Surah al-Insan, ayat 21).
“Mereka mengenakan pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal.” (Surah al-Kahfi, ayat 31).
 Salah seorang pakar psikologi, Ardatsham, mengatakan: “Sesungguhnya pengaruh warna terhadap manusia sangat besar, dan saya pernah melakukan sejumlah penelitian dan menjelaskan bahawa warna berpengaruh terhadap kejiwaan dan semangat serta keupayaan kita; merasa panas; atau dingin; atau tenang; atau bahagia; bahkan ia boleh mempengaruhi keperibadian dan menentukan sikap seseorang.
Dalam politik Malaysia hari ini, pemilihan warna sudah menjadi fenomena dalam menentukan sikap rakyat. Inspirasi warna sudah menjadi semakin dominan, khususnya gerakan yang dilancarkan Pakatan Rakyat dalam membentuk sikap dan kecenderungan rakyat menolak Umno-BN.
Semasa mengemukakan dasar politik, ekonomi dan sosialnya, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga (Oren). Dalam menuntut penstrukturan sistem pilihan raya, rakyat diperkenalkan dengan Bersih yang menggunakan tema kuning.
Dalam usaha PAS untuk mengembleng kekuatan ahlinya dan menunjukkan syiarnya, PAS memilih tema Hijau untuk Himpunan Hijau 1 Jun lalu, di Alor Setar. Di Kota Bharu, gerakan rakyat Kelantan menuntut royalti petroleum, mereka menggunakan tema merah dengan simbol R untuk royalti.
Manakala pada perhimpunan rakyat untuk menyelamatkan tanah Felda, Gerakan Selamatkan Felda menggunakan warna oren sebagai tema Himpunan Oren, 14 Julai 2012 di Kuala Lumpur.
Tema warna ini ternyata menarik minat rakyat. Ia berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat yang komited. Hari ini, jika kita menjengah rumah penyokong Pakatan, sudah tentu kita akan menjumpai t-shirt kuning (Bersih), hijau (Himpunan Hijau), merah (Himpunan Tuntut Royalti) dan oren (Himpunan Oren).
Sehingga kini Pakatan sudah mencipta empat gelombang berasaskan warna. Kuning, hijau, merah dan oren. Yang tinggal untuk Barisan Nasional hanyalah biru. Lagipun slogan BN diasaskan dengan warna biru.
Pada pemahaman kita, warna biru BN ini, bukan warna biru muda, kerana biru muda adalah warna tema parti KeADILan.
Yang tinggal untuk BN hanya warna biru gelap atau blue black. Memang jelas bagi kita, warna blue black ini sudah tidak lama ditampuk kuasa. Sebabnya, blue black ini akan diblack-outkan rakyat pada PRU akan datang. Takbir! Allahu akbar!




Sumber :Detikdaily

No comments:

Post a Comment